kemaafan itu sememangnya sesuatu yang berat untuk diberikan, terutamanya akibat fitnah dan angkara buruk, yang membuat seseorang itu menderita sekian lama….tapi berikanlah kemaafan itu, kerana ada hikmah di sebaliknya..kadang2, kita memang mahu bahagia dengan melepaskan kedukaan, tapi hati sering tidak rela memaafkan.. sukarnya melunakkan hati.. mungkin ini tanda adanya ego di dalam diri..? sedangkan Allah Maha Pengampun.. Astaghfirullah....
Api kemarahan hanya akan membakar kita, bukan orang yang kita marahkan itu. Jauhkan fitnah dan angkara buruk dengan lebih selektif memilih kawan. Jangan dikhianati berkali-kali. Memaafkan boleh, melupakan kekadang lebih sukar. Tetapi cukuplah kalau dapat kita maafkan. Jangan bertemu muka lagi, agar dapat melupakan. Tetapi kalau bertemu juga, bersahajalah. jangan terpancar kemarahan dan kebencian. Orang yang berani, tenang menghadapi orang yang “dibencinya”...ermm..indahnya jika kita dapat melupakan segala-galanya pekara yang penah menyakitkan.....banyak pekara yang akan dimaafkan tapi mungkin ada satu pekara yang akan diingatkan dan biarlah ia rahsia diantara si pemaaf dan tuhan..haiiihhh!..''dapatkah aku memaafkan pekara itu''..ya allah kau berikanlah hidayah serta kekuatan untuk semua ini....
~~~sesungguhnya kemaafan dendam yang terindah~~~