01 June 2011

~~PERJALANAN (siri ke 2)~~

perasaan hati

perjalanan kehidupan harus di teruskan demi menuju hidup yang lebih sempurna...dan hari ini "aku telah membuktikan bahawa aku mampu meneruskan kehidupan tanpa ''dia''dan aku berjaya mencapai hajat hatiku untuk memiliki kenderaan sendiri meskipun tidak lah seberapa megah dan besar untuk di banggakan..tetapi dengan usaha dan hasil titik peluh aku akhirnya membuahkan hasil..mungkin ini adalah salah satu hikmah yang di perolehi dari kejadian ''yang menyakitkan itu'' WUR....menjadi peneman hidupku kini.....alhamdulilah...ya allah aku sangat bersyukur dengan anugerah dan rezeki yang engkau berikan kepadaku...semoga kehidupanku terus di penuhi warna2 kecerian dan kebahgiaan...amin..

 sesungguhnya aku perlu kuat,pedulikan mulut dan umpatan orang terhadap diri ini.. pekara yang lepas sudah pun terjadi,yang pasti takdir sudah tertulis..jodoh aku bukan dengannya.walaupun tidak dapat dinafikan sedikit sebanyak pekara itu bermain difikiran dan melemahkan semangat aku untuk terus melangkah kehadapan bila mereka-mereka mempersoalkan dan bercerita mengenai peristiwa itu...ah..lupakan,aku harus kuat,kuat,and perlu kuat!!!!..  
                                            
                                                     


Nasi sudah menjadi bubur, penyesalan memang akan tetap singgah. Kesunyian akan menerpa. Namun aku  selalu beringat kata2 dr bondaku tersayg. ''Jangan pernah berkata yang hati kita kosong hanya kerana peristiwa ini..ingat. Allah tetap ada. Kembalilah bersujud kepada-Nya. Tanamkan kepercayaan kepada-Nya.

Sememangnya jodoh itu ketentuan Ilahi, tetapi kita pernah mendengar bahawa peluang tidak datang bergolek, begitu juga dengan jodoh. Berdoa juga adalah satu usaha, jadi berdoalah kepada-Nya moga dipertemukan dengan lelaki yang baik dan soleh. Ingat! Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik, bukannya lelaki yang hensem untuk perempuan yang cantik dan sebaliknya.''


jutaan terima kasih kepada keluarga  tercinta  yg sangat2 memahami dan megerti perasaan aku tatkala ini,sokongan dan semangat dr keluarga sangat2 membuat aku tabah!...Dan aku perlu bangkit untuk meneruskan hajat2 aku dan sisa2 kehidupan di bumi allah ini....
anggaplah semua yang berlaku adalah ujian daripada Allah dan ada hikmah disebaliknya. Sesungguhnya Allah tidak menurunkan ujian jika hamba-Nya tidak mampu untuk menanggungnya. Bersabarlah.!! insyallah!