23 February 2012

Bicara Hati

Alhamdulilah, hari ini masih lagi dipinjamkan nyawa oleh yang maha kuasa untuk aku terus meluahkan perasaan di dalam diari kecil ku ini...Bila cuti hujung minggu mula lah perasaan bosan aku muncul,tapi bagi orang lain masa untuk cuti hujung minggu sangat ditunggu-tunggu tapi bagi aku terbalik..aku lebih senang bekerja dari bercuti..mungkin kerana aku belum mempunyai tanggungjawap lain..hehehe..insyaallah jika ada jodohnya dan takdirnya..:))....
             Alkisahnya bermula pada cuti hujung minggu baru-baru ni....aku menonton sebuah drama yang bertajuk BICARA HATI..setelah habis menonton aku tertarik dengan perjalanan cerita dia..best sangat!!..tiba2 terdetik idea aku nak tengok kesemua episod di youtube..setelah habis menonton..aku rasa sangat tak sabar untuk mengetahui ending nyer..;)..aku buka internet dan mencari tajuk lagu dalam drama ni.. at the then hasil daripada pencarian di internet aku telah menjumpai bacaan novel ini secara online...wah! novel rupanya..aku memang peminat setia novel-novel ni..macam maner aku boleh ''termiss'' dengan novel ni..uwaaaaa...! apa lagi aku teruslah open and reading!..wahhh!sedihnyerrr jalan cerita ni...hope samalah dengan drama nanti..aku dapat gambarkan and rasakan kesedihan zahlia (watak perempuan dalam cerita ni)...aku sangat kagum dengan ketabahan dia!..aku rasa nak jadi cam dia!!!!hahahhaha :))..best sangat!! 5 bintang aku bagi untuk drama ni..tak sabar betul nak tunggu ending drama ni....syabassss osman ali as director and damya hanna as novelis...lepas ni aku akan terus membaca novel2 dari hasil karya damya hanna..best sangat!!!!!!!!!!!!!!!!!!

                    '''bukan aku pinta untuk jatuh cinta,mungkin satu  
                ketentuan bahawa kita memang telah dijodohkan.. 
                Tatkala sendirian…hatiku terdengar dengupan  
                                           Cintamu”

19 January 2012

saya gembira bila awak bahagia :))

Bila emosi menghantui diri, jari jemari bergerak laju meluahkan isi hati...alhamdulilah,hari ini aku masih di berikan kesempatan untuk menerima ujian darinya..bila perasaan kemarahan ini dapat di kawal maka terciptalah sebuah pegalaman yang berharga. kita selalu ingat kata-kata buruk yang orang lemparkan pada kita. dan kita selalu fikirkan orang-orang yang menyakitkan hati kita. sedangkan kita tak pernah terfikir dan  tak pernah memberi ruang untuk hati kita mensyukuri nyawa dan hidup kita..
usah penat berfikir knp org slalu menyakitkan hati kita, mengata kita,mengumpat…itu lumrah manusia. walau macam mane pn kita,org tetap akan berkata2..jalan terbaik  lupakan peristiwa dan kata2 orang..dan lakukan sesuatu mengikut kebolehan kita.buktikan pada orang2 yang penah menyakitkan hati kita supaya mereka tahu kita adalah seorang yang hebat,dan ingat setiap manusia telah dianugerahkan Allah keistimewaan msing2..cume kita harus tahu menggunakannya.
     Melupakan segala pekara dan peristiwa yang menyakitkan hati kita,dan memaafkan segala kesalahan 
     orang lain adalah jalan terbaik..life's too short..be happy with what you have…&
     what u give u get back.gembira adalah kawan kepada derita…gembirakan Orang lain..insyaallah 
     kegembiraan itu pasti berbalik pada kita…^_^..