19 December 2013

AZ ZAHRA ( SEMURNI SEHARUM BAIDURI )

Alhamdulilah & Assalamualaikum..

Just nak share kepada semua..poduk untuk kegunaan seisi rumah.. sangat bagus dan terbaik....!!

Anda mesti cuba !!







 untuk keterangan lanjut tentang produk  & untuk mendapatkanya boleh 
 hubungi : 011-2350 5559 @ 018-2086502 ( cik siti / jie )


Anda pasti mencubanya!!.. Anda pasti puas hati !!

 ( SEMURNI SEHARUM BAIDURI )















23 February 2012

Bicara Hati

Alhamdulilah, hari ini masih lagi dipinjamkan nyawa oleh yang maha kuasa untuk aku terus meluahkan perasaan di dalam diari kecil ku ini...Bila cuti hujung minggu mula lah perasaan bosan aku muncul,tapi bagi orang lain masa untuk cuti hujung minggu sangat ditunggu-tunggu tapi bagi aku terbalik..aku lebih senang bekerja dari bercuti..mungkin kerana aku belum mempunyai tanggungjawap lain..hehehe..insyaallah jika ada jodohnya dan takdirnya..:))....
             Alkisahnya bermula pada cuti hujung minggu baru-baru ni....aku menonton sebuah drama yang bertajuk BICARA HATI..setelah habis menonton aku tertarik dengan perjalanan cerita dia..best sangat!!..tiba2 terdetik idea aku nak tengok kesemua episod di youtube..setelah habis menonton..aku rasa sangat tak sabar untuk mengetahui ending nyer..;)..aku buka internet dan mencari tajuk lagu dalam drama ni.. at the then hasil daripada pencarian di internet aku telah menjumpai bacaan novel ini secara online...wah! novel rupanya..aku memang peminat setia novel-novel ni..macam maner aku boleh ''termiss'' dengan novel ni..uwaaaaa...! apa lagi aku teruslah open and reading!..wahhh!sedihnyerrr jalan cerita ni...hope samalah dengan drama nanti..aku dapat gambarkan and rasakan kesedihan zahlia (watak perempuan dalam cerita ni)...aku sangat kagum dengan ketabahan dia!..aku rasa nak jadi cam dia!!!!hahahhaha :))..best sangat!! 5 bintang aku bagi untuk drama ni..tak sabar betul nak tunggu ending drama ni....syabassss osman ali as director and damya hanna as novelis...lepas ni aku akan terus membaca novel2 dari hasil karya damya hanna..best sangat!!!!!!!!!!!!!!!!!!

                    '''bukan aku pinta untuk jatuh cinta,mungkin satu  
                ketentuan bahawa kita memang telah dijodohkan.. 
                Tatkala sendirian…hatiku terdengar dengupan  
                                           Cintamu”

19 January 2012

saya gembira bila awak bahagia :))

Bila emosi menghantui diri, jari jemari bergerak laju meluahkan isi hati...alhamdulilah,hari ini aku masih di berikan kesempatan untuk menerima ujian darinya..bila perasaan kemarahan ini dapat di kawal maka terciptalah sebuah pegalaman yang berharga. kita selalu ingat kata-kata buruk yang orang lemparkan pada kita. dan kita selalu fikirkan orang-orang yang menyakitkan hati kita. sedangkan kita tak pernah terfikir dan  tak pernah memberi ruang untuk hati kita mensyukuri nyawa dan hidup kita..
usah penat berfikir knp org slalu menyakitkan hati kita, mengata kita,mengumpat…itu lumrah manusia. walau macam mane pn kita,org tetap akan berkata2..jalan terbaik  lupakan peristiwa dan kata2 orang..dan lakukan sesuatu mengikut kebolehan kita.buktikan pada orang2 yang penah menyakitkan hati kita supaya mereka tahu kita adalah seorang yang hebat,dan ingat setiap manusia telah dianugerahkan Allah keistimewaan msing2..cume kita harus tahu menggunakannya.
     Melupakan segala pekara dan peristiwa yang menyakitkan hati kita,dan memaafkan segala kesalahan 
     orang lain adalah jalan terbaik..life's too short..be happy with what you have…&
     what u give u get back.gembira adalah kawan kepada derita…gembirakan Orang lain..insyaallah 
     kegembiraan itu pasti berbalik pada kita…^_^..

29 September 2011

lambaian kaabah

 alhamdulilah,tanggal 29/09/2011 jam 01.30 pagi..penerbangan pertama jemaah haji malaysia telah berlepas ke madinah..dan yang paling istemewa bondaku adalah salah seorang tetamu allah yang di jemput menunaikan rukun islam ke-5 itu...syukurrrr...setelah bertahun menunggu gilirin,setelah 2 kali memohon rayuan di pihak tabung haji akhirnya tahun ini dapat bonda megerjakan haji..tima kasih pekerja2 tabung haji...

melihat saat perginya bondaku ke laluan masuk untuk jemaah2 haji..hatiku tersentuh lembut,air mata bercucuran menangis...sedih dan sangat2 sedih!!..x dpt di gambarkan perasaan tatkala itu,seolah2 timbul satu perasaan yg aku juga nak pergi bsama2 bonda..x snggup utk aku melihat bonda mengusung beg pakaian yg berat itu seorg diri..'' ya,allah kau permudahkan rezeki aku semoga  aku juga dapat menjejak kaki ku menjadi salah seorang tetamu mu ya allah..semoga bondaku saudah binti adam serta sahabatnya silong saamah dan jemaah haji yang lain dipermudahkan segalanya dan dapat menunaikan haji dengan mabrur dan tenang...selamat sampai dan pulang ke tanahair dengat kesihatan yg baik...insyallah amin,amin,ya rabal alamin...
                                                                                                                                                 

22 August 2011

TakDir iNi

ketika hujan lebat membasahi bumi,kilat sambar menyambar..aku duduk terdiam di sesuatu sudut..Alunan lagu lagu sedih yang mengasyikan..membawa aku hanyut dalam pemikiran..ketika itu otak berpusing2 seperti roda..mengimbas kembali detik2 dan peristiwa 2 yang penah terjadi...tanpa disedari airmata mengalir laju dan aku hampir lemah kaku di situ..apakah yg sudah terjadi?mengapa begini?..beberapa minit aku mencari nafas,akhirnya aku tersedar di atas sapaan seorang wanita yang sangat baik,lembah lembut,dan sangat sangat penyayang. bonda-'' ini adalah takdir hidup bagi seorng insan yg bernama manusia..selagi kita bernyawa selagi itu dugaan tdk akan pnah lari...ingatlah..setiap dugaan yg allah beri pasti ada hikmah disebaliknya..allah juga tahu setiap dugaan yg dia berikan pasti kita mampu utk membawanya.. hnya org2 yg terpilih sahaja diberikan ujian ini..percayalah...aku-'' tapi bonda,sy tdk kuat utk semua ini..sy cuba utk buang segalanya...hari2 sy berdoa..tp sukar utk sy menghapuskan segalanya...bukan sy x cuba..sy dah cuba tp x boleh...sy rase selamenya sy akn begini...

bonda-'' anakku,bonda yakin kamu boleh lakukan..bonda tahu kamu sngt tabah...ingatlah anakku..redhalah dgn semua ini..selagi kamu mengusung duka ini,selagi itu kamu x akn nmpak jln seterusnya...buanglah jauh2..biarkan semua di hnyut secepat mugkin...jgn resah anakku..sentiasa berdoa pd yang esa...bonda sentiasa dibelakang mu...

setelah bonda pergi meninggalkann aku sendirian di situ,aku terpandang kotak yg diletakan di bawah katil..aku bangun dan terus mengambilnya..aku membuka penutup kota tersebut dan mengambil sepucuk surat di dlm kotak itu. setelah membuka surat itu secara x sengaja,beberapa keping gmbar aku dan kawanku ketika dia berada di malaysia terjatuh di ribaku.... aku membaca surat tersebut sambil memegang yassin yg diberikan bersama surat itu,wah..indah sungguh saat itu,..dan aku tertarik pada satu ayat yg di tulis...''' sahabat,aku tahu kamu seorang yang sngt baik dan sngt tabah..biar apa pun dugaan yang kamu hadapi sabar dan redhalah...dekat kan diri mu pada tuhan jangan tangisi keperitan yg akn kita rasai,jangan tangisi kepahitan yg akan kita telan..sentiasa ingatlah..dengan semua ini..kehidupan kita akan jadi lebih indah..percayalah..''' tergamam aku disitu..dia seolah2 mengetahui apa yg akan terjadi padaku.....rindunya aku padanya..jika dia di sini ingin aku memeluk dia seerat2nya...tapi apakan daya dia jauh diseberang sana..dan hatiku berkata''sahabat jika kau tahu bertapa aku derita mengharungi ujian ini..aku percaya kamu juga akan turut bersedih dan lemah seperti ku...kerna kamu adalah aku dan aku adalah kamu...

  terlalu sukar untuk melupakan..apakah aku terus membawa perasaan ini..berselindung kelukaan di sebalik senyuman dan gelak tawa..menipu semua orang dengan senyumanku..menipu semua orang dgn semangat ku.tapi pada dasar dan hakikatnya...hatiku lemah dan teramat sedih..!!...

02 August 2011

NikMaTnYa RaMaDHaN

Alhamdulilah.... Dengan rahmat dan kasih sayangNYa di Bulan Ramadhan, Allah SWT menurunkan beribu-ribu kenikmatan....

Ramadhan adalah bulan penuh keberkahan. Di bulan ini, Allah menyediakan kesempatan bagi hambaNya untuk melakukan tiga hal, iaitu :
1)menunjukan kebaikan dengan perbuatan-perbuatan yang baik, 
2)bertaubat dan beristigfar,
3)serta memperbanyak doa. Karana harus kita yakini bahwa Allah akan membalas kebaikan yang kita lakukan dengan menurunkan rahmat, menghapus dosa-dosa, dan mengabulkan doa..
perkataan yg cantik adalah  ''ALLAH''..lagu yg merdu adalah''AZAN''..novel yg menarik'adalah 'AL-QURAN''..snaman yg baik adalah ''SEMBAHYANG''diet yg mujaran adalah  ''PUASA''...
                ''  selamat menunaikan ibadah puasa..& salam ramadhan..''
 
 

19 July 2011

AkU WaNiTa

assalamualaikum...alhamdulilah bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana diberi peluang menjadi wanita...semoga wanita2 di dunia sentiasa bersyukur dan mengingati pencipta-Nya ...hari ini bila terbaca di sebuah akhbar kisah seorang lelaki yang ingin bertukar status jantina nya..hati tersentap kenapa lelaki mahu jadi wanita?.pepatah org dulu2 pnah berkata menjaga anak lelaki lebih senang dr menjaga anak perempuan..dan bnyak2 pekara2 yang mendahului lelaki dr wanita...lelaki sebagai ketua untuk membimbing wanita ke jln yang benar. Wanita sering dilihat sebagai seorang yang lemah,cepat putus asa..dan sebagainya..

aku bukanlah khadijah yang begitu sempurna dlm menjaga...pun bukanlah hajar yang begitu setia dalam sengsara..aku cuma wanita akhir zaman yang berusaha untuk menjadi wanita solehah...aku ingin menjadi anak.adik,sahabat,jiran.isteri dan ibu dan muslimah yang solehah..''ya allah bantulah dan bimbinglah aku untuk menjadi solehah..tiada dayaku melainkan dgn restu dan dayamu.''indahnya menjadi seorang wanita sehinggakan jika dilihat ramai didunia ini lelaki yang sanggup kehabisan duit dan sebagainya untuk memenuhi nafsu menjadi wanita aka perempuan...SeCaNTiK CaNtIk PeRHiAsAn DuNiA aDaLaH WaNiTa SoLeHaH..

Wanita solehah itu aurat dijaga,Pergaulan dipagari, Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini. Keayuan wanita solehah itu, tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah, tidak terletak pada kemanjaannya, Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,Bukan dan tidak sama sekali.
Kepetahan wanita solehah, Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek ,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman, Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat Ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,Kerna ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu ,

Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,Kerna ada lagi insan yang lebih malang darimu
.
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya ,Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama...