19 July 2011

AkU WaNiTa

assalamualaikum...alhamdulilah bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana diberi peluang menjadi wanita...semoga wanita2 di dunia sentiasa bersyukur dan mengingati pencipta-Nya ...hari ini bila terbaca di sebuah akhbar kisah seorang lelaki yang ingin bertukar status jantina nya..hati tersentap kenapa lelaki mahu jadi wanita?.pepatah org dulu2 pnah berkata menjaga anak lelaki lebih senang dr menjaga anak perempuan..dan bnyak2 pekara2 yang mendahului lelaki dr wanita...lelaki sebagai ketua untuk membimbing wanita ke jln yang benar. Wanita sering dilihat sebagai seorang yang lemah,cepat putus asa..dan sebagainya..

aku bukanlah khadijah yang begitu sempurna dlm menjaga...pun bukanlah hajar yang begitu setia dalam sengsara..aku cuma wanita akhir zaman yang berusaha untuk menjadi wanita solehah...aku ingin menjadi anak.adik,sahabat,jiran.isteri dan ibu dan muslimah yang solehah..''ya allah bantulah dan bimbinglah aku untuk menjadi solehah..tiada dayaku melainkan dgn restu dan dayamu.''indahnya menjadi seorang wanita sehinggakan jika dilihat ramai didunia ini lelaki yang sanggup kehabisan duit dan sebagainya untuk memenuhi nafsu menjadi wanita aka perempuan...SeCaNTiK CaNtIk PeRHiAsAn DuNiA aDaLaH WaNiTa SoLeHaH..

Wanita solehah itu aurat dijaga,Pergaulan dipagari, Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini. Keayuan wanita solehah itu, tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah, tidak terletak pada kemanjaannya, Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,Bukan dan tidak sama sekali.
Kepetahan wanita solehah, Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek ,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman, Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat Ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,Kerna ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu ,

Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,Kerna ada lagi insan yang lebih malang darimu
.
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya ,Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama...

No comments:

Post a Comment