29 September 2011

lambaian kaabah

 alhamdulilah,tanggal 29/09/2011 jam 01.30 pagi..penerbangan pertama jemaah haji malaysia telah berlepas ke madinah..dan yang paling istemewa bondaku adalah salah seorang tetamu allah yang di jemput menunaikan rukun islam ke-5 itu...syukurrrr...setelah bertahun menunggu gilirin,setelah 2 kali memohon rayuan di pihak tabung haji akhirnya tahun ini dapat bonda megerjakan haji..tima kasih pekerja2 tabung haji...

melihat saat perginya bondaku ke laluan masuk untuk jemaah2 haji..hatiku tersentuh lembut,air mata bercucuran menangis...sedih dan sangat2 sedih!!..x dpt di gambarkan perasaan tatkala itu,seolah2 timbul satu perasaan yg aku juga nak pergi bsama2 bonda..x snggup utk aku melihat bonda mengusung beg pakaian yg berat itu seorg diri..'' ya,allah kau permudahkan rezeki aku semoga  aku juga dapat menjejak kaki ku menjadi salah seorang tetamu mu ya allah..semoga bondaku saudah binti adam serta sahabatnya silong saamah dan jemaah haji yang lain dipermudahkan segalanya dan dapat menunaikan haji dengan mabrur dan tenang...selamat sampai dan pulang ke tanahair dengat kesihatan yg baik...insyallah amin,amin,ya rabal alamin...
                                                                                                                                                 

22 August 2011

TakDir iNi

ketika hujan lebat membasahi bumi,kilat sambar menyambar..aku duduk terdiam di sesuatu sudut..Alunan lagu lagu sedih yang mengasyikan..membawa aku hanyut dalam pemikiran..ketika itu otak berpusing2 seperti roda..mengimbas kembali detik2 dan peristiwa 2 yang penah terjadi...tanpa disedari airmata mengalir laju dan aku hampir lemah kaku di situ..apakah yg sudah terjadi?mengapa begini?..beberapa minit aku mencari nafas,akhirnya aku tersedar di atas sapaan seorang wanita yang sangat baik,lembah lembut,dan sangat sangat penyayang. bonda-'' ini adalah takdir hidup bagi seorng insan yg bernama manusia..selagi kita bernyawa selagi itu dugaan tdk akan pnah lari...ingatlah..setiap dugaan yg allah beri pasti ada hikmah disebaliknya..allah juga tahu setiap dugaan yg dia berikan pasti kita mampu utk membawanya.. hnya org2 yg terpilih sahaja diberikan ujian ini..percayalah...aku-'' tapi bonda,sy tdk kuat utk semua ini..sy cuba utk buang segalanya...hari2 sy berdoa..tp sukar utk sy menghapuskan segalanya...bukan sy x cuba..sy dah cuba tp x boleh...sy rase selamenya sy akn begini...

bonda-'' anakku,bonda yakin kamu boleh lakukan..bonda tahu kamu sngt tabah...ingatlah anakku..redhalah dgn semua ini..selagi kamu mengusung duka ini,selagi itu kamu x akn nmpak jln seterusnya...buanglah jauh2..biarkan semua di hnyut secepat mugkin...jgn resah anakku..sentiasa berdoa pd yang esa...bonda sentiasa dibelakang mu...

setelah bonda pergi meninggalkann aku sendirian di situ,aku terpandang kotak yg diletakan di bawah katil..aku bangun dan terus mengambilnya..aku membuka penutup kota tersebut dan mengambil sepucuk surat di dlm kotak itu. setelah membuka surat itu secara x sengaja,beberapa keping gmbar aku dan kawanku ketika dia berada di malaysia terjatuh di ribaku.... aku membaca surat tersebut sambil memegang yassin yg diberikan bersama surat itu,wah..indah sungguh saat itu,..dan aku tertarik pada satu ayat yg di tulis...''' sahabat,aku tahu kamu seorang yang sngt baik dan sngt tabah..biar apa pun dugaan yang kamu hadapi sabar dan redhalah...dekat kan diri mu pada tuhan jangan tangisi keperitan yg akn kita rasai,jangan tangisi kepahitan yg akan kita telan..sentiasa ingatlah..dengan semua ini..kehidupan kita akan jadi lebih indah..percayalah..''' tergamam aku disitu..dia seolah2 mengetahui apa yg akan terjadi padaku.....rindunya aku padanya..jika dia di sini ingin aku memeluk dia seerat2nya...tapi apakan daya dia jauh diseberang sana..dan hatiku berkata''sahabat jika kau tahu bertapa aku derita mengharungi ujian ini..aku percaya kamu juga akan turut bersedih dan lemah seperti ku...kerna kamu adalah aku dan aku adalah kamu...

  terlalu sukar untuk melupakan..apakah aku terus membawa perasaan ini..berselindung kelukaan di sebalik senyuman dan gelak tawa..menipu semua orang dengan senyumanku..menipu semua orang dgn semangat ku.tapi pada dasar dan hakikatnya...hatiku lemah dan teramat sedih..!!...

02 August 2011

NikMaTnYa RaMaDHaN

Alhamdulilah.... Dengan rahmat dan kasih sayangNYa di Bulan Ramadhan, Allah SWT menurunkan beribu-ribu kenikmatan....

Ramadhan adalah bulan penuh keberkahan. Di bulan ini, Allah menyediakan kesempatan bagi hambaNya untuk melakukan tiga hal, iaitu :
1)menunjukan kebaikan dengan perbuatan-perbuatan yang baik, 
2)bertaubat dan beristigfar,
3)serta memperbanyak doa. Karana harus kita yakini bahwa Allah akan membalas kebaikan yang kita lakukan dengan menurunkan rahmat, menghapus dosa-dosa, dan mengabulkan doa..
perkataan yg cantik adalah  ''ALLAH''..lagu yg merdu adalah''AZAN''..novel yg menarik'adalah 'AL-QURAN''..snaman yg baik adalah ''SEMBAHYANG''diet yg mujaran adalah  ''PUASA''...
                ''  selamat menunaikan ibadah puasa..& salam ramadhan..''
 
 

19 July 2011

AkU WaNiTa

assalamualaikum...alhamdulilah bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana diberi peluang menjadi wanita...semoga wanita2 di dunia sentiasa bersyukur dan mengingati pencipta-Nya ...hari ini bila terbaca di sebuah akhbar kisah seorang lelaki yang ingin bertukar status jantina nya..hati tersentap kenapa lelaki mahu jadi wanita?.pepatah org dulu2 pnah berkata menjaga anak lelaki lebih senang dr menjaga anak perempuan..dan bnyak2 pekara2 yang mendahului lelaki dr wanita...lelaki sebagai ketua untuk membimbing wanita ke jln yang benar. Wanita sering dilihat sebagai seorang yang lemah,cepat putus asa..dan sebagainya..

aku bukanlah khadijah yang begitu sempurna dlm menjaga...pun bukanlah hajar yang begitu setia dalam sengsara..aku cuma wanita akhir zaman yang berusaha untuk menjadi wanita solehah...aku ingin menjadi anak.adik,sahabat,jiran.isteri dan ibu dan muslimah yang solehah..''ya allah bantulah dan bimbinglah aku untuk menjadi solehah..tiada dayaku melainkan dgn restu dan dayamu.''indahnya menjadi seorang wanita sehinggakan jika dilihat ramai didunia ini lelaki yang sanggup kehabisan duit dan sebagainya untuk memenuhi nafsu menjadi wanita aka perempuan...SeCaNTiK CaNtIk PeRHiAsAn DuNiA aDaLaH WaNiTa SoLeHaH..

Wanita solehah itu aurat dijaga,Pergaulan dipagari, Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini. Keayuan wanita solehah itu, tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah, tidak terletak pada kemanjaannya, Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,Bukan dan tidak sama sekali.
Kepetahan wanita solehah, Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek ,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman, Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat Ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,Kerna ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu ,

Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,Kerna ada lagi insan yang lebih malang darimu
.
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya ,Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama...

12 July 2011

12 july 2011 ( bila hati berbicara)

Hari ini aku bersyukur kerana masih dberi pluang untuk bernafas dan melihat keindahan dunia dsmping mempelajari serta mengenal ragam2 manusia disekeliling..dlm mase yg tdk bkesempatan untuk aku berdating bsama blog aku nih, aku terpaksa  mencuri beberapa minit untuk melayan perasaan hati yang membuatkan mood aku arini menjadi sangat2 bercelaru.....!!..bila hati berbicara dan otak mula berfikir mengapa dan kenapa?..

    Hati sering tertnya2...mengapa mesti manusia slalu bermuka2 di hadapan kita sedgkan di belakang, mereka seperti ''talam dua muka'' ! dan kenapa mahu memakan ''daging sedara sendiri''!subhahanallah..di depan aku berlakon punyelah baik..tapi ternyata bnyak sumber2 yang menyampaikan pekara2 yg tdk berapa elok dan mbuatkan aku malas untuk berbaik dgn dia sprti dulu...di dlm diri sudah tertanam satu azam..''biarkan orang buat kita jgn kita buat orang''! tapi bile tahap kesabaran sudah tiada hadnya lagi..macam2 boleh jadi....ya allah,kau jauhkan aku dari pekara2 yg tidak diingini. selamat kan aku dari fitnah serta perbuatan dan mulut2 manusia yg seolah2 mahu menjatuhkan aku.....:(

Aku ingin bekerja dan mencari rezeki dan mengapa mesti ader mulut2 jahat seperti ini!..angkara mulut jahat aka puaka ini lah,yg mmbuatkan mood aku jadi serabut!!dan mbuatkan aku mls nak bekerja lagi..dan salah satunya yg mbuatkan aku lemah bila melangkah masuk di bangunan itu,apabila ada seorg dua yg seolah2 menarik muka bila melihat aku,sedangkan sebelum ini berkawan dan saling memberi kerjasama dan sling bertegur sapa antra satu sama lain..dan yang membuat aku sngt pelik kenapa manusia mudah percaya dgn kata2 seseorg...tnpa btanya kpda tuan badannya dahulu..aku tidak mahu bermusuh dgn sesiapa tapi bila semua ini terjadi membuatkan aku sngat sedih, hampa dan sangt kecewa..hanya allah yang tahu bertapa hati ini sakit! menaggung prasaan yg x tertanggung ini...aihhhh..biarlah..yang pasti setiap pekara ada gantinya...setiap perlakuan ada ganjarannya...setiap kejadian ada hikmah di sebalik kejadiannya..aku x nak berfikir negatif lagi...jika dia bahagia dgn pragai dan cara dia sebegitu teruskanlah...semoga allah memberi rahmat kepadanya..dan aku x nak terus mengikut nafsu kemarahan aku ini...so skunk dalam hati...abaikan dan kosongkan benda2 serabut nih...tanamkan dan kuburkan!!..arghhhhhhhhhhhhhhh!!!.fuhh legaaa...hehehe :P

06 July 2011

* DoN't CrY AgAiN *

Aku mnta kpd ALLAH setangkai bunga segar, DIA bg kaktus berduri.. aku mnta kupu2, diberi ulat berbulu....aku sedih & kecewa..namun kemudian, kaktus itu berbunga indah skali..dan ulat itu pn mnjadi kupu2 yg cntk..itu jln ALLAH, indah pd masanya!!! ALLAH tdk mmberi apa yg kita hrpkn, tp DIA mmberi apa yg kita perlukan....



♥ Usah ditangisi apa yang bukan milik kita

♥ kerana ia sememangnya bukan yang terbaik untuk kita

♥ Bersyukurlah kerana ia tidak menjadi milik kita 

♥ kerana ia sememangnya tidak layak untuk kita 

♥ yakinlah dgn apa yg telah dipilihkan Allah untuk menjadi   
    milik kita 

♥ kerana sememangnya itulah yg terindah, terbaik dan  
   termanis utk kita 

♥ Biarlah Allah mengatur segalanya

♥ Kerna Dia lebih mengetahui segala yg terbaik buat kita




P/S :  cintailah seseorang  seadenyer, kerane kamu akn membencinyer suatu hari nnti.. bencilah seseorg dgn seadenyer, kerane kamu akn mencintainyer suatu hari nnti....hehhehee..boleh ker?..jawapannya..tepuk dada tnye hati..kih2x..:P

01 July 2011

WaNiTa BeRTuDuNg

1.kenape pompuan cantik pakai tudung..sebab DIA NAK TUTUP AURAT...NAK TUTUP SELURUH RAMBUT DIA...NAK TUTUP SELURUH DADA DIA...NAK COVER SEGALA2NYA

2.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab DIA JAGA MARUAH DIRI DIA 

3.kenape pompuan cantik pakai tudung..sebab DIA CANTIK

4.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab DIA TAK NAK TUNJUK KECANTIKAN DIRI DIA 

5.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab DIA ANAK SOLEHAH 

6.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab DIA DENGAR CAKAP IBU BAPA DIA

7.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab DIA HORMATI ORANG LAIN.

8.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab DIA TAKUT APABILA DIA TAK PAKAI TUDUNG.. ORG TENGOK DIA CANTIK. DAN aDA NIAT YANG TAK BAIK TERHADAP DIRI DIA

9.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab DIA TAK NAK DIMINATI RAMAI LELAKI SANGAT 

10.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab TAK NAK MENYUSAHKAN ORANG LAIN 

11.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab DIA NAK DAPAT PAHALA

12.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab DAPAT MENGHINDARI MAKSIAT 

13.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab SUPAYA DAPAT MENJADI CONTOH PADA POMPUAN LAIN
14.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab SUPAYA LELAKI YANG BERIMAN JE YANG SUKE DIA 

15.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab DENGAR SURUHAN NABI 

16.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab DAPAT MENGURANGKAN NAFSU LELAKI 

17.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab RAMBUT POMPUAN ADALAH MAHKOTA BAGINYA..JADI JANGAN SEWENANGNYA MENUNJUK KEPADA LELAKI..KERANA JIKA ANDA MENUNJUKKANNYA BERMAKNA ANDA TAK BERNILAI (low class)...(no offence hah..) KERANA MAHKOTA ANDA TELAH DILIHAT OLEH SEMUA LELAKI (kecuali keluarga) 

18. kenapa pompuan cantik pakai tudung.. sebab DIA TAK NAK RAMBUT DIA DITARIK, DIGANTUNG DENGAN BARA-BARA API DAN DIBAKAR DENGAN DASYAT DEKAT AKHIRAT KELAKDan TERUTAMA sekali DIA TUTUP AURAT SEBAB DIA FAHAM DAN MENTAATI TUNTUTAN SYARIAT ISLAM yang menyuruh agar sekalian perempuan MENUTUP AURAT MEREKA SEPENUHNYA bukan ala2 kadar sahaja-janji x nmpak rmbut Firman Allah swt, "Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar DIKENALI (sebagai WANITA ISLAM) supaya mereka tidak diganggu.” (al-Ahzab: 59) 
 
"JADI POMPUAN DILUAR SANA BERAMAI-RAMAILAH MEMAKAI TUDUNG KERANA ANDA SEBENARNYA LEBIH CANTIK JIKA MEMAKAI TUDUNG SESUNGGUHNYA ALLAH SUKA AKAN HAMBANYA YANG MENGIKUT PERINTAHNYA".....

~~dicopy untuk renungan bersama,harap maklum~~

07 June 2011

~DoA~


Ya Allah engkau berikanlah ibuku kesihatan yang baik,umur yang panjang, ketenangan dan kebahgiaan bsama anak2 dan orang disekelilingnya serta murahkan rezekinya....Ya Allah kau tempatkan arwah ayahku di kalangan org2 yang beriman..ampuni segala dosa2nya. Ya Allah, lindungi keluargaku dari pekara2 jahat manusia,rahmati kehidupan kami serta murahkan rezeki kami sekeluarga.....




“Ya Allah….segalanya kuserahkan kepada-Mu. Aku hanya hamba-Mu yang kerdil yang tidak bisa berbuat banyak. Biarlah Engkau yang memilih cinta dan memilih kehidupan untukku. Aku tidak ingin memaksa Engkau memberikan apa yang aku mahu…berikanlah apa yang terbaik menurut ilmu-Mu itu padaku. Kerana seluruh hidupku..cintaku..dan nyawaku adalah milik-Mu yang mutlak dan hakiki!!!!” 



 Ya Allah jika ini yang terbaik untuk perjalanan hidupku maka aku redha dan pasrah dengan semua ini..ya Allah peliharalah aku dari akhlak dan perangai yang buruk, tabiat yang huduh, nafsu yang bermaharajalela dan penyakit-penyakit yang dahsyat.. ya Allah jadikanlah aku seorang yang bersyukur, seorang yang penyabar.. jadikanlah aku kecil pada pandanganku  dan besar mulia pada pandangan mata manusia..ameen..

02 June 2011

~muhasabah cinta~

Wahai... Pemilik nyawaku Betapa lemah diriku ini Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu Tuhan... Baru ku sedar Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur.. Kini kuharapkan cintaMu..
 
Kata-kata cinta terucap indah Mengalun berzikir di kidung doaku ..Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku, Butir-butir cinta air mataku Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah ku selama ini Ya ilahi....

Tuhan... Kuatkan aku Lindungiku dari putus asa,Jika ku harus mati.. Pertemukan aku denganMu
Di sini kan ku Ku mohon padamu Doa  ku setulus kalbu 


Ku serah segala padamu Harapanku satu... ya Allah,,,,, Lancarkan jalan menuju pintu surga-Mu ya Allah...:(..andai ini takdirnya ku dakap redha.......

seiring waktu berlalu tangis tawa di nafasku,
hitam putih di hidupku jalani takdirku. tiada satu tersembunyi,tiada satu yang terlupa
segala apa yang terjadi..engkaulah saksinya.
Kau yang Maha Pengasih, Kau yang Maha Penyayang,Kau yang Maha Pelindung...
yang dicinta kan pergi yang didamba kan hilang hidup kan terus berjalan meski penuh dengan tangisan..andai bisa ku mengulang waktu hilang dan terbuang andai bisa ku kembali hapus semua pedih andai mungkin aku bisa kembali ulang segalanya tapi hidup takkan bisa meski tanpa dengan air mata......

01 June 2011

~~PERJALANAN (siri ke 2)~~

perasaan hati

perjalanan kehidupan harus di teruskan demi menuju hidup yang lebih sempurna...dan hari ini "aku telah membuktikan bahawa aku mampu meneruskan kehidupan tanpa ''dia''dan aku berjaya mencapai hajat hatiku untuk memiliki kenderaan sendiri meskipun tidak lah seberapa megah dan besar untuk di banggakan..tetapi dengan usaha dan hasil titik peluh aku akhirnya membuahkan hasil..mungkin ini adalah salah satu hikmah yang di perolehi dari kejadian ''yang menyakitkan itu'' WUR....menjadi peneman hidupku kini.....alhamdulilah...ya allah aku sangat bersyukur dengan anugerah dan rezeki yang engkau berikan kepadaku...semoga kehidupanku terus di penuhi warna2 kecerian dan kebahgiaan...amin..

 sesungguhnya aku perlu kuat,pedulikan mulut dan umpatan orang terhadap diri ini.. pekara yang lepas sudah pun terjadi,yang pasti takdir sudah tertulis..jodoh aku bukan dengannya.walaupun tidak dapat dinafikan sedikit sebanyak pekara itu bermain difikiran dan melemahkan semangat aku untuk terus melangkah kehadapan bila mereka-mereka mempersoalkan dan bercerita mengenai peristiwa itu...ah..lupakan,aku harus kuat,kuat,and perlu kuat!!!!..  
                                            
                                                     


Nasi sudah menjadi bubur, penyesalan memang akan tetap singgah. Kesunyian akan menerpa. Namun aku  selalu beringat kata2 dr bondaku tersayg. ''Jangan pernah berkata yang hati kita kosong hanya kerana peristiwa ini..ingat. Allah tetap ada. Kembalilah bersujud kepada-Nya. Tanamkan kepercayaan kepada-Nya.

Sememangnya jodoh itu ketentuan Ilahi, tetapi kita pernah mendengar bahawa peluang tidak datang bergolek, begitu juga dengan jodoh. Berdoa juga adalah satu usaha, jadi berdoalah kepada-Nya moga dipertemukan dengan lelaki yang baik dan soleh. Ingat! Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik, bukannya lelaki yang hensem untuk perempuan yang cantik dan sebaliknya.''


jutaan terima kasih kepada keluarga  tercinta  yg sangat2 memahami dan megerti perasaan aku tatkala ini,sokongan dan semangat dr keluarga sangat2 membuat aku tabah!...Dan aku perlu bangkit untuk meneruskan hajat2 aku dan sisa2 kehidupan di bumi allah ini....
anggaplah semua yang berlaku adalah ujian daripada Allah dan ada hikmah disebaliknya. Sesungguhnya Allah tidak menurunkan ujian jika hamba-Nya tidak mampu untuk menanggungnya. Bersabarlah.!! insyallah!







08 April 2011

~~Dalam Diari Kehidupan~~

Di dalam diari kehidupan memang banyak pekara dan juga peristiwa yang berlaku pada setiap mahluk allah dimuka bumi ini..sesungguhnya setiap manusia tidak akan lepas dari membuat kesilapan,tiada manusia yang sempurna...kadang2 kita alpa dalam mengejar duniawi..sehinggakan kita lupa menjaga perasaan di antara manusia,demi kepentingan dan kepuasan diri..''membina kebahgiaan di atas air mata orang lain''...itu selalu kita dengar..

''Wahai diri, ingatlah…segala gerak dan laku makhluk adalah dengan izin ALLAH jua.  Jika datang orang “menghadiahkan” air mata, ..ALLAH sedang mendidikmu tentang sifat sabar. Jangan di lihat manusia yang menjadi ‘sebab’ , lihat dengan mata hati yang Allah jua menjadi ‘musabbabil asbab’.  Jika kau disakiti oleh dia, DIA sedang mengajarmu erti redha.''        
Bahagialah dengan kebahagian orang lain. Terimalah hakikat kita bukan TUHAN yang mengatur rezeki dan nikmat untuk hamba-hamba-Nya.  Jangan kau tanyakan mengapa dia yang dilebihkan, aku dikurangkan? .  Mengapa dia yang licik dengan gelecek segala strategik dimenangkan sedangkan aku yang bersenjatakan kebenaran dan kesederhanaan selalu dikalahkan?.Belajarlah daripada nabi Yahya a.s dan Zakaria a.s yang digergaji mati tanpa melihat bunga-bunga kemenangan.  Belajarlah daripada Sumaiyah dan Yassir yang terbunuh tanpa sempat daulah Islamiah dan empayar Islam berkembang.''
Mereka tidak dapat kemenangan…tetapi mereka tidak hilang ketenangan!''.

Wahai diriku…
Mulakanlah langkah mencari bahagia  dengan merasa bahagia dengan melihat kebahagiaan orang lain.  Langkah pertama itu ialah memberi maaf.  Namun terlalu sukar rasanya untuk memberi maaf.  Bahkan lebih sukar  daripada meminta maaf.  Masih terasa tusukan rasa bagaikan sebuah dendam yang membara. Masih terngiang-iang segala kata nista.
Masih terbayang segala tingkah dan perlakuan.  Wajah ‘orang bersalah’ itu terasa begitu menjengkelkan. Memberi maaf kepada mereka seolah-olah mengadaikan harga diri.  Ahh.. apakah maruah ini terlalu murah untuk di sorong tarik dengan harga yang rendah.  Dan cukup sakit, bila mengenangkan ‘musuh-musuh’ itu tersenyum kemenangan.

 Biarlah musuh itu ketawa sepuas-puasnya.  Beban rasa ini biar aku lepaskan.  Tidak akan ku bawa dalam safar kehidupan yang pendek itu.   Bermusuh dengan orang lain, sama seperti bermusuh dengan diri sendiri.  Memaafkan orang lain bererti memaafkan diri sendiri.

Selagi kau tidak bahagia dengan kebahagiaan orang lain…itu petanda kau sendiri tidak bahagia.  Pujuk dirimu bahagia apabila melihat “musuh-musuh”mu bahagia.  Walaupun pernah disakiti sekali, kau akan disakiti berkali-kali jika terus mengenang perbuatan mereka.  Dan paling derita, jika kau merasakan mereka sedang membina istana kebahagiaan di atas tapak kedukaan mu. Hidup terlalu singkat untuk membenci.  Sucikanlah hati mencari Ilahi...insyaallah hidup akan diberkati..amin...






15 March 2011

~~v3 setengah mati!!~~


Walau aku senyum bukan bererti,aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini Di jiwa ini hampa,Ku bertemu sang adam di simpang hidupku Mungkin akan ada cerita cinta Namun ada saja cubaan hidup Seakan aku hina… Biarkan waktu teruslah berputar Mencintai kamu penuh rasa sabar Meski sakit hati ini kau tinggalkan Ku ikhlas untuk bertahan.Cintaku padamu begitu besar Namun kau tak pernah bisa merasakanMalah kini kau ucapkan selamat tinggal Membuat akukeresahan,Meninggalkanku tanpa perasaan Hingga ku jatuhkan airmata,Kekecewaan ku sungguh tak berarah Biarpun aku harus bertahan…Tak ada sedikitpun sesalku untuk bertahan dengan setiaku.. Walau di akhir jalan Ku harus melepaskan dirimu.Ternyata tak mampu ku melupa Dalamnya cintaku yg hebat.. Hingga ada alasan bagimu unTuk tinggalkan setiamu…

Demi nama cinta Telah kupersembahkan hatiku hanya untukmu Telah kujaga kejujuran dalam setiap nafasku Kerana demi cinta Telah kurelakan kecewaku atas ingkarmu.. Sebab kumengerti cinta itu tak mesti memiliki
Andai saja bisa kau fahami Layaknya erti kasih sejati Karna cinta yg sungguh… Tiada akan pernah mungkin bersyarat Ternyata tak mampu  ku melupa Dalamnya cintaku yg hebat…..

Mengapa kau pergi..Berharap engkau jadi kekasih hatikuMalah kau pergi jauh dari hidupku..
Menyendiri lagi..Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku…Di saat aku terbangun dari tidurku Aku inginkan dirimu Datang dan temui aku Kan ku katakan padamu..Aku sangat mencintai dirimu Aku inginkan dirimu..
Aku ingin engkau ada disini menemaniku saat sepi,menemaniku saat gundah , berat hidup ini tanpa dirimu.. ku hanya mencintai kamu.. ku hanya memiliki kamu, aku rindu setengah mati kepadamu.. sungguh !! meski telah lama kita tak bertemu..aku slalu memimpikan kamu.. ku tak bisa hidup tanpamu, aku rindu setengah mati kepadamu.
ku ingin kau tahu ku tak bisa hidup tanpamu aku rindu…!!..:((

10 March 2011

~~KeM@@f@N~~

kemaafan itu sememangnya sesuatu yang berat untuk diberikan, terutamanya akibat fitnah dan angkara buruk, yang membuat seseorang itu menderita sekian lama….tapi berikanlah kemaafan itu, kerana ada hikmah di sebaliknya..kadang2, kita memang mahu bahagia dengan melepaskan kedukaan, tapi hati sering tidak rela memaafkan.. sukarnya melunakkan hati.. mungkin ini tanda adanya ego di dalam diri..? sedangkan Allah Maha Pengampun.. Astaghfirullah....
Api kemarahan hanya akan membakar kita, bukan orang yang kita marahkan itu. Jauhkan fitnah dan angkara buruk dengan lebih selektif memilih kawan. Jangan dikhianati berkali-kali. Memaafkan boleh, melupakan kekadang lebih sukar. Tetapi cukuplah kalau dapat kita maafkan. Jangan bertemu muka lagi, agar dapat melupakan. Tetapi kalau bertemu juga, bersahajalah. jangan terpancar kemarahan dan kebencian. Orang yang berani, tenang menghadapi orang yang “dibencinya”...ermm..indahnya jika kita dapat melupakan segala-galanya pekara  yang penah menyakitkan.....banyak pekara yang akan dimaafkan tapi mungkin ada satu pekara yang akan diingatkan dan biarlah ia rahsia diantara si pemaaf dan tuhan..haiiihhh!..''dapatkah aku memaafkan pekara itu''..ya allah kau berikanlah hidayah serta kekuatan untuk semua ini....

                  ~~~sesungguhnya kemaafan dendam yang terindah~~~

03 January 2011

SqUad hAppY N nO pRoblem punyer..=))

~~dalam dunia yang serba moden nih..dah macam2 laman sosial yang aku join...sajer lar nak hilangkan borink kater org..tapi hati2 jugak..jgn sampai terjerat..hehehe..(phm2 ler)..kdg2 bile kusyuk beron9 nih..lupe nak mkn,nak basuh baju dll...erm tp aku aser aku x kot..mesti siap kan sumer2 yg perlu dulu bru leh on9..hikhik..:p...bile time cuti weekend nih..mulelah bosann kalu xder planning...

      one day!aku onlah facebook,dgn niat nak cari someone..pastu terjumpelah group i luv phg...group aper nih?..join jelah..biler dah join aser sonok plak...''kwn2 pown ckap apesal ko nih tgelak sorg2..giler ke aper''..hahhah lantak lah nak ckap aper jnji aku happy jerk..hahah :p...bile dah sonok kat situ ader lar plak sorg 2 yg wat onar..pastu aku pown terpikir boley jerk kalu nak wat group sndri invite kwn2 yg sekepaler..pastu jadilah satu group yg ''happening''frend chat room..lamer kelamaan group nih pown cam x baper best jerk....x taw lah maner pg penghuni2 nya..hehe...

         then,aderlah sorg 'girl' yg create new group yg dberi name SqUad hAppY N nO pRoblem punyer..=))...kompom no problem ker?...heheh insyallah....sonok sngt2 bile join group nih...hilang sgale tension,kesedihan hati,dan semer2 lah..thanks u all..i'm happy now!.dgn ader nyer group nih harap2 dapat mengeratkan lagi hubungan sesamer negeri,bangsa dan agama..hehehe :p..u all memang terbaik! syg u all sngt2..cewahhh...kpaler sumer gile2 blaker....ermm x sabar nak tggu first ghatering nanti..tapi x taw lah bile:..(..ermm tiap kali plan ader jer hal masing2..nak wat camner biaser lah..masing2 ader kijer kan..so..tggu jelah......kadg2 terpikir jugak smpai biler group nih..hahaha maybe if facebook dah di mansuhkan..hahahaha....x kesah lah jnji for now..kiter gunakan pluang yg ader nih...x salah berkawan kan..sbb satu hari nanti kiter akn cari kwn jugak for help we!..kih3x....ermm..SqUad hAppY N nO pRoblem punyer....tajuk pown cam lawak jer..hehheeh..best!!..:p..